BULAN MEMBACA 2009

Wednesday, July 8, 2009

Banting bulan Membaca

Membaca adalah selaras dengan Ayat Pertama yang diturunkan Allah s.w.t iaituBacalah”. Membaca adalah kunci kepada Gedung Ilmu yang begitu luas.
Pelancaran Bulan Membaca diadakan setiap tahun di sekolah adalah selaras dengan kempen membaca peringkat Kebangsaan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran. Setiap bulan Julai ia akan di adakan. Semoga dengan adanya Kempen Membaca ia akan menggalakkan murid-murid Membaca walau di mana mereka berada.



PERATURAN PSS

Tuesday, April 21, 2009

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERPUSTAKAAN.

•Tidak dibenarkan memakai kasut , selipar atau yang serupa dengannya di dalam perpustakaan kecuali selipar rumah.

•Murid-murid hanya dibenarkan masuk ke perpustakaan pada waktu rehat dan waktu kelas perpustakaan sahaja kecuali dengan kebenaran dan kehadiran guru.

•Tidak dibenarkan membuat bising, (*) makan dan minum di dalam perpustakaan.

•Tidak dibenarkan membawa masuk beg , buku dan lain-lain kecuali kertas , alat tulis dan buku NILAM kecuali buku-buku yang diperlukan oleh guru.

•Buku-buku yang sudah dibaca tidak perlu diletakkan di rak , sila letakkan buku di dalam bakul –bakul di atas meja bacaan atau di tempat yang ditetapkan.

•Pastikan semua suis elektrik dimatikan dan semua tingkap ditutup sebelum meninggalkan perpustakaan.

•Jangan alihkan atau mengambil / membawa keluar kerusi @ perabot lain dari perpustakaan tanpa pengetahuan guru perpustakaan.

•Kebersihan dan kekemasan perpustakaan hendaklah dijaga sewaktu menggunakan dan meninggalkan perpustakaan.

•Bilik kerja Penyelaras PSS adalah kawasan larangan murid kecuali dengan kebenaran tertentu.

(*) dibenarkan dalam keadaan atau situasi yang memerlukan.

•Murid-murid dibenarkan meminjam seberapa banyak buku yang boleh dengan menggunakan kad pinjaman.
SATU KAD – SATU BUKU. Tidak boleh pindah milik kad pinjaman.

•Tempoh pinjaman adalah seminggu dari tarikh pinjaman. Pulangan lewat akan dikenakan denda 10 sen setiap hari sehingga buku dipulangkan semula.

•Buku yang hilang atau rosak semasa tempoh pinjaman hendaklah dilaporkan kepada guru perpustakaan dan perlulah diganti dengan harga kos atau ganti buku.

•Guru boleh membuat pinjaman kelompok untuk Sudut Bacaan Kelas dan direkodkan di dalam REKOD PINJAMAN KELOMPOK

KEMUDAHAN PSS

1. Bilik Perpustakaan

2. Bilik BBM

3. Bilik Tayang

4. Makmal Komputer

5. Surau

6. Galeri KT

7. Bilik Access

PROGRAM NILAM

Pengenalan NILAM
NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu program yang menggabungkan semua aktiviti galakan membaca di sekolah dengan memberi ganjaran/ pengiktirafan.Program ini merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan.Ia merupakan penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.

MATLAMAT NILAM
Supaya terbina tabiat membaca di kalangan murid-murid.

OBJEKTIF NILAM
* Menjadikan murid-murid banyak membaca.

* mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta kepada budaya membaca dan budaya ilmu.